BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

DILEMMA TEORI HEGEMONI

Hegemoni berlaku dimana-mana....kita ibarat timun, digulikpun kita mati, mengulik pun kita mati jua...

Sunday, November 1, 2009

Tension....

Tadi saya n group buat presentation utk subjek hutan & komuniti.....tensionnya, tak sempat habiskan slide...tiba2 pensyarah suruh stop...adeh....kasiwa betul....

Saturday, October 24, 2009

BAJET....BAJET.....YESSS

Bajet 2010 bukti komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR: Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah "Bajet Untuk Rakyat" yang jelas membuktikan komitmen kerajaan ke arah mengutamakan kebajikan rakyat.

Ia turut memberi manfaat kepada golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana serta menyediakan peruntukan besar kepada bidang pendidikan, pertanian, infrastruktur dan kesihatan dan secara tidak langsung memberi banyak faedah kepada negeri-negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata bajet itu sesuai dengan slogan 1Malaysia yang memberi keutamaan tinggi kepada rakyat.

Katanya, contoh paling jelas ialah pengumuman pemberian subsidi dan insentif RM2 bilion kepada sektor pertanian termasuk subsidi harga padi, baja padi dan elaun sara diri kepada nelayan.

"Pemberian subsidi dan insentif akan mampu mengangkat dan membantu rakyat miskin (untuk keluar) daripada lembah kemiskinan," katanya kepada pemberita di IPOH hari ini.

Dr Zambry berkata, peruntukan RM30 bilion untuk pendidikan termasuk pembangunan prasarana, pula menunjukkan kerajaan sedar bahawa hanya dengan pendidikan masalah kemiskinan rakyat dapat diselesaikan dengan berkesan.

Di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan, pertanian, infrastruktur dan kesihatan mampu mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.

Katanya, selain bertujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, bajet ini juga mampu mengeluarkan negara daripada kemelesetan ekonomi global dan sekali gus membina asas kekuatan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat Malaysia selaras dengan gagasan ekonomi 1Malaysia.

"Kerajaan negeri Melaka mengalu-alukan dan menyambut baik bajet ini. Tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana membentangkan bajet yang komprehensif demi kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kakitangan awam gred 41 hingga gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara kerajaan yang turut menerima bayaran khas RM500 yang sebelum ini hanya dinikmati oleh kakitangan kumpulan sokongan.

Di KANGAR, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, menyifatkan Bajet 2010 bukan sekadar bajet untuk semua rakyat Malaysia tetapi akan turut memberi manfaat kepada Perlis sebagai sebuah negeri pertanian.

Katanya, ini kerana bajet yang dibentang oleh Perdana Menteri memberi penekanan kepada memajukan sektor pertanian di negara ini.

"Ia turut memperjelaskan gagasan 1Malaysia yang memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup.

"Bajet ini bukan sekadar memacu konsep 1Malaysia tetapi juga memacu pembangunan yang menyeluruh untuk dinikmati rakyat negara ini," katanya. - Bernama



Apa pendapat kawan2 semua...kononnya bajet ini "the best ever"...what do you think???

Thursday, October 1, 2009

Salam...

Hari ini merupakan hari ke 12 dalam bulan Syawal...Suasana Hari Raya Aidilfitri masih terasa dengan penganjuran 'open house' di sana sini..Rasanya dalam banyak-banyak bulan, bulan ini boleh dikatakan bulan makan...hahaha...
Makan tetap Makan...tetapi jangan lupa untuk jaga kesihatan. Jangan makan sampai tak ingat dunia...

"Makan untuk Hidup".....atau...."Hidup untuk Makan"????

Wednesday, September 30, 2009

News...

Berita Harian today...

Isa calon BN
Oleh Ziauddin Sharuddin dan Hussain Said


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Isa sambil disaksikan Muhyiddin ketika hadir pada majlis jamuan Aidilfitri peringkat negeri di Port Dickson, semalam. Turut serta, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga dari kiri) dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri).
Pemilihan ambil kira pandangan penduduk Bagan Pinang PORT DICKSON: Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober ini. Pemilihan Mohd Isa, 60, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis jamuan Aidilfitri di Batu 6 Jalan Pantai di sini, semalam. Pas pula mencalonkan Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohamad Omar, 45, yang diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, malam tadi.
Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN, berkata pemilihan Mohd Isa dibuat bukan saja selepas diteliti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malah mengambil kira pandangan akar umbi penduduk Bagan Pinang. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kerja peringkat bawahan dilakukan sebelum keputusan itu dibuat dengan mendapatkan pandangan semua lapisan masyarakat dan semua kaum. "Oleh kerana ini adalah pilihan raya kecil, apa yang penting ialah rakyat didahulukan, rakyat di Bagan Pinang mesti didahulukan.
Zulkefly Mohamad Omar
"Mana yang rakyat hendakkan, itu yang kita akan beri. Siapa yang rakyat mahu, siapa yang Bagan Pinang mahu," katanya disambut laungan gemuruh orang ramai yang menyebut nama `Mohd Isa' beberapa kali. "Okay, Tan Sri Isa lah menjadi calon BN," kata Muhyiddin dan pengumuman itu sekali lagi disambut dengan laungan serta tepukan gemuruh kira-kira 10,000 orang yang menghadiri majlis itu. Hadir sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussain; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon. Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Umno, Azman Mohammad Noor, 54, pada 31 Julai lalu kerana jangkitan dalam darah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian pada 11 Oktober ini. Muhyiddin berkata, pemilihan Mohd Isa turut mengambil kira jasanya dan walaupun melalui tempoh hidup yang sukar dalam politik, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu masih seorang pejuang, berkorban dan tidak pernah berhenti memberi khidmat kepada parti, kerajaan dan negara. Sehubungan itu, beliau meminta jentera pilihan raya BN melancarkan kempen secara tersusun dan menemui setiap pengundi Bagan Pinang bagi memastikan kemenangan Mohd Isa.


BERITA YANG SAMA TAPI DARI PANDANGAN POLITIK YG BERBEZA...

Calonkan Isa: Umno terpaksa realistik, elak boikot
Harakahdaily
Tue | Sep 29, 09 |
ANALISIS

Selepas debat mengenai calon yang paling sesuai berlanjutan sehingga beberapa minggu, kepimpinan Umno terpaksa akur dengan kehendak akar umbi dan keperluan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan.

Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno sebentar tadi menunjukkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang amat penting bagi Umno selepas tewas kesemua tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.

Usaha untuk membersihkan parti dan meletakkan calon yang bersih untuk memenangi semula sokongan rakyat terpaksa ditangguhkan dahulu.

Pencalonan Isa itu juga menunjukkan ketidakupayaan kepimpinan Umno melawan ketua-ketua Umno yang berpengaruh seperti bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, yang membina kumpulan yang kuat sepanjang memerintah negeri kubu kuat Barisan Nasional itu.

Tindakan tidak mencalonkan Isa bakal mengundang boikot daripada ahli-ahli Umno akar umbi di negeri ini yang menyokong kuat Isa untuk kembali sebagai menteri besar akibat tidak senang dengan kepimpinan menteri besar hari ini, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Menjelang pengumuman calon, petanda buruk sekiranya Isa tidak dicalonkan mula kelihatan apabila muncul sepanduk-sepanduk memberi amaran boikot sekiranya Isa tidak dipilih sebagai calon Bagan Pinang.

Bekas pemimpin Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara berkali-kali secara terbuka menentang pencalonan Tan Sri Isa Abdul Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti.

Mahathir walau bagaimanapun dalam satu kenyataannya mengaku Isa mampu menang di Bagan Pinang, menunjukkan sokongan meluas untuk ketua Umno Teluk Kemang itu.

Berdasarkan tinjauan, Isa terus popular di Negeri Sembilan dalam kalangan Umno, menjadikan pencalonannya sebagai pertaruhan terbaik bagi Umno dan Barisan nasional untuk mencapai kemenangan di Bagan Pinang, walaupun terpaksa mengorbankan agenda membersihkan parti.

Isu ini, yang melalui debat yang agak panjang dan terbuka telah mendedahkan pergeseran dalaman Umno sejak beberapa minggu sebelum kempen bermula, memberi kelebihan untuk kempen pembangkang yang dijangka akan memberi fokus pada kelemahan calon parti lawan seperti dilakukan di Permatang Pasir pada Ramadhan lalu.

Pencalonan Isa bakal memberi bahan kempen kepada pembangkang, tetapi pada masa sama menjadi penyatu Umno tempatan, sesuatu yang tidak diperolehi Umno dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti Kuala Terengganu dan Permatang Pasir yang menyaksikan calon Umno mendatangkan liabiliti.

Pemilihan Isa sebagai calon ini menunjukkan Umno masih sukar untuk melakukan tindakan yang betul memilih calon yang bersih sekiranya tindakan itu bertembung dengan kepentingan kuasa.

Isa yang memberi harapan kepada kempen umno di Bagan Pinang ini juga menenggelamkan lagi usaha Umno untuk memilih calon yang lebih bersih.


Thursday, September 10, 2009

Berita Harian 10 September 2009

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini. "Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi. Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.
Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember. Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini. Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama

Kawan-kawan penjawat awam sekalian..
syukur alhamdulilah kerajaan bagi bantuan kewangan..rm250 pun bolehlah..daripada tiada kann..bolehla 'cover' beli biskut raya..hehehe

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

sebagai seorang yg baru berjinak2 dengan blog, saya telah membaca beberapa buku mengenai internet. banyak perkara baru yg saya pelajari dan istilah-istilah yang telah lama saya kenal tapi tidak tahu maknanya yg sebenar. Di antaranya
1. WWW : world wide web
2. TCP : Transmission Control Protocol
3. IP : Internet Protocol
4. POP : Post Office Protocol
5. FTP : File Transfer Protocol
6. HTTP: Hypertext Transfer Protocol
...dan banyak lagi...